Tuesday, 13 October 2009

Musim Peperiksaan Telah Tiba dan Cabaran Kerja

Minggu hadapan adalah Minggu Peperiksaan bermula 19 Okt 2009 hinggalah 23 Okt 2009. Setakat hari ini aku velum lagi mentelaah pelajaran yang dipelajari. Insyaallah esok aku akan berkampung di UKM bertapa hingga Jumaat untuk memaksa diri mengulangkaji semula pelajaran. Di waktu yang sama kerja pejabat makin memdesak aku untuk berada di pejabat. Sekarang inilah berlakunya musim pertukaran guru : antara negeri, antara daerah dan dalam daerah, juga penempatan pelajar Tahun 1 2010, proses rayuan yang buat aku pening kepala. Tu belum lagi redeployment untuk GPK sekolah, guru ikut opsyen, guru bermasalah. Dah ramai Guru Besar, GPK, dan Guru-guru merayu-rayu agar mereka tidak terlibat dalam redeployment pada akhir tahun ini. Nak buat macam ne, ni jalan yang aku pilih. Moga aku tabah dalam menghadapi profession pendidikan ini.

Tuesday, 8 September 2009

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

Makluman :
Saya sekarang berkursus dalam perkhidmatan di UKM, Bangi, Selangor selama 1 bulan mulai 08 September 2009 hingga 04 Oktober 2009.Saya hanya ada di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana pada setiap hari Rabu dan petang Jumaat. Sebarang urusan permohonan pertukaran/penempatan pelajar,guru,Penolong Kanan dan Guru Besar boleh di lakukan pada hari tersebut.
Selamat berpuasa di bulan yang mulia. Berpuasa di UKM amat mencabar. Pelbagai godaan yang melanda di jiwa.